skip to Main Content
03-89575770 hi@pakejpulau.com

Pakej Pulau Langkawi

Pakej Pulau Langkawi kami merupakan salah satu pakej yang popular dalam laman web ini.Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.

Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.

Anda akan dapat melihat kampung-kampung kecil dengan rumah kayu yang dikelilingi oleh pokok palma, dan kanak-kanak sibuk mengayuh basikal bersiar-siar di desa. Selain daripada menikmati cara hidup masyarakat tempat, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi. Rasai pengalaman menaiki kereta kebal yang mendebarkan ke puncak Gunung Mat Cincang iaitu gunung kedua tertinggi di Langkawi – untuk menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang mengasyikkan.