skip to Main Content
03-89575770 hi@pakejpulau.com

Pakej Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.  Setiap pulau mempunyai keistimewaan masing-masing yang tentunya mengamit memori anda semasa berada disini. Kawasan Pasir Panjang di Perhentian Kecil adalah merupakan kawasan tumpuan para ‘backapckers’ dari segenap pelusuk dunia. Semasa waktu puncak kedatangan pelancong kesini anda boleh merasakan bahawa anda  bukan berada di Malaysia, begitu hebat tarikan Pulau Perhentian kepada pelancong.

Dengan kemudahan sewaan bilik dengan kadar  harian yang murah di kebanyakan chalet menjadikan kawasan ‘long beach’ ini pilihan utama pelancong, ada yang tinggal berminggu-minggu bagi menghabiskan cuti mereka.

Antara tarikan lain Pulau Perhentian adalah sebagai destinasi selaman scuba yang hebat, ada yang dating mengambil lesen selaman disini dan ada juga menaiktaraf lessen selaman mereka. Seperti juga pulau-pulau lain anda boleh juga melakukan aktiviti snorkeling di pulau ini.

Untuk bergerak atau pergi dari satu lokasi ke satu lokasi berlainan dari Perhentian Kecil dan Besar anda memerlukan perkhidmatan teksi. Disini bot laju di panggil sebagai teksi dan terdapat stesen-stesen teksi di sediakan oleh individu yang menyediakan perkhidmatan tersebut.