skip to Main Content
03-89575770 hi@pakejpulau.com

Pakejpulau.com adalah laman web untuk percutian dalam Negara yang dikendalikan oleh syarikat Muslimtravelbug Sdn Bhd.

Muslimtravelbug juga dikenali dengan panggilan MTB merupakan syarikat yang berdaftar dengan kementerian pelancongan (KPL 8549) dan merupakan ahli MATTA (MAXXXX).

MTB mempunyai ahli seramai 8 orang dan telah berpengalaman dalam pengurusan pakej dalam Negara dan luar Negara. Sehingga hari ini, kami telah menghantar lebih 5000 peserta ke dalam dan luar Negara.

Pakejpulau diilhamkan oleh salah satu ahli MTB dan misi kami adalah menyediakan satu platform selamat & mudah untuk diakses oleh mereka yang ingin bercuti ke pulau-pulau di dalam Malaysia.

Kami mendapati kebanyakkan masalah yang dihadapi pelanggan adalah laman web kurang informasi, servis pelanggan yang lemah dan harga yang tinggi. Harga yang anda lihat sekarang di pakejpulau.com adalah harga terus daripada resort/penyelia pakej kami tanpa sebarang kos tambahan.

Kami harap, harga ini akan menjadi permulaan yang baik kenapa anda harus gunakan laman web ini untuk percutian anda.

Timeline Rancangan Pakejpulau

Laman web destinasi pulau pilihan utama

timeline pakej pulau

Seperti yang anda lihat, pakejpulau.com adalah laman web yang baru sahaja dibangunkan tetapi mempunyai 20000 likers di Facebook. Kami ingin menambah komuniti pelancong ke dalam Negara setiap tahun melalui FB dan laman web kami dengan berkongsi info bercuti dalam negara

Tiada paksaan dalam servis kami, jika anda suka dan gembira dengan servis yang kami berikan, anda boleh teruskan tempahan pakej bersama kami. Jika tidak, anda boleh buat tempahan dengan orang lain. Apa jua pilihan anda, kami sedia membantu anda.

brothers